Sunday, August 28, 2011

teka teki islam~

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau

bertanya ( teka-Teki ) :



Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?”



Murid 1 = ” Orang tua ”

Murid 2 = ” Guru ”

Murid 3 = ” Teman ”

Murid 4 = ” Kaum kerabat ”






Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat

dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa

pasti akan mati ( Surah ali-Imran :185).



Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?



Murid 1 = ” Negeri Cina ”

Murid 2 = ” Bulan”

Murid 3 = ” Matahari ”

Murid 4 = ” Bintang-bintang ”



Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar

adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak

akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari

ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang

sesuai dengan ajaran Agama”.



Imam Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”



Murid 1 = ” Gunung ”

Murid 2 = ” Matahari ”

Murid 3 = ” Bumi ”



Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah

HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan

nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”



Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia?”



Murid 1 = ” Baja ”

Murid 2 = ” Besi ”

Murid 3 = ” Gajah ”



Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah

MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).

Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”



Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”



Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 = ” Angin ”

Murid 3 = ” Debu ”

Murid 4 = ” Daun-daun”



Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan

sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita

atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”



Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini”



Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang ”



Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini

adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya

menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

No comments:

Post a Comment